PEMBAKARAN TERBUKA:ORANG RAMAI LARI BERTEMPIARAN APABILA OPERASI SAMAN DIMULAKAN

MIRI, 13 Mei - Orang ramai yang berada di sekitar kawasan pembakaran belukar antara Kuala Baram dan Tudan di sini hari ini lari bertempiaran apabila operasi menyaman mereka yang terbabit dalam pembakaran secara terbuka dimulakan.

Mereka berbuat demikian apabila melihat kehadiran pegawai penguatkuasa Lembaga Alam Sekitar dan Sumber Alam Sarawak (NREB) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS).

Bagaimanapun, Pemangku pengerusi jawatankuasa pengurusan bencana alam Bahagian Miri Abdul Aziz Mohd Yusuf berkata setakat ini tiada kompaun dikenakan terhadap mereka yang terbabit dalam kejadian pembakaran hutan secara terbuka.

Mengikut ordinan Sumber Alam Negeri 1993, NREB boleh mengenakan kompaun RM200 terhadap mereka yang terbabit dalam pembakaran terbuka manakala JAS boleh mengenakan kompaun RM5,000 ke atas pesalah terbabit mengikut Akta Kualiti Alam Sekitar 1974.

Katanya pasukan penguatkuasa JAS dan NREB memulakan operasi itu selepas langkah awal mengeluarkan amaran kepada mereka yang didapati memulakan pembakaran terbuka, tidak diendahkan.

Keadaan alam sekitar di kawasan di antara Kuala Baram dan Tudan, kira-kira
20 km di utara bandar ini, terjejas sejak tiga minggu lepas berikutan kekerapan
kejadian pembakaran belukar oleh mereka yang berniat meneroka tanah secara haram
dan menjalankan kegiatan peladangan secara kecil-kecilan.

Setakat tengah hari, pembakaran belukar dikesan di beberapa tempat di dalam
kawasan Kuala Baram berdekatan jambatan Asean yang terletak kira-kira 3km dari
sempadan Malaysia-Brunei.

Kebakaran itu masih merebak terutama di kawasan baru di sekitar kawasan
tanah di kawasan jambatan itu dan berdekatan Universiti Teknologi Curtin di
Senadin.- BERNAMA

TAMBANG PENERBANGAN KE SABAH/SARAWAK TAK MUNGKIN DIKURANGKAN

KUCHING, 13 Mei - Tambang penerbangan ke Sabah dan Sarawak tidak mungkin dikurangkan lagi kerana kadar yang ada sekarang sudahpun diberi subsidi yang banyak, persidangan Dewan Undangan Negeri diberitahu hari ini.

Menteri Muda Pelancongan Sarawak Hamden Ahmad berkata walaupun kerajaan negeri menyambut baik sebarang langkah mengurangkan tambang khususnya oleh MasWing, sebuah anak syarikat Penerbangan Malaysia, ia sedar bahawa itu mungkin tidak dapat dilaksanakan sekarang.

"Syarikat itu perlu meraih keuntungan dahulu dalam operasinya," kata beliau kepada soalan Andy Chia Chu Fatt (BN-Pujut) yang mencadangkan agar tambang yang ada sekarang khususnya bagi destinasi dalam negeri di Sarawak dikaji semula untuk menggalakkan pelancongan.

Kepada soalan asal wakil yang sama, Hamden berkata Lembaga Pelancongan Sarawak (STB), yang merupakan cabang pemasaran pelancongan kerajaan negeri, telah melanjutkan kempen dikenali "100 Free Rooms" sehingga akhir tahun ini untuk menarik pelancong dari China.

Katanya keputusan itu dibuat kerana kempen itu mendapat sambutan baik di
China dan Hong Kong tahun lepas.

STB, katanya, sedang berusaha memperkenalkan lagi Sarawak menerusi saluran
televisyen di China, Taiwan dan Hong Kong.

Hamden berkata STB juga telah melantik wakil dari Korea untuk mengadakan
promosi mengenai Sarawak di negara itu. - BERNAMA

KONTRAK JURULATIH PASUKAN LIGA PREMIER SARAWAK DITAMATKAN

KUCHING, 13 Mei - Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) menamatkan kontrak Robert Albert selepas melatih pasukan liga premier Sarawak selama empat bulan berkuatkuasa semalam.

Setiausaha Agung FAS Mohamad Abu Bakar Marzuki berkata tindakan disebabkan
masalah kewangan yang dihadapi FAS pada masa ini yang boleh menjejaskan bayaran
gaji bulanan Albert.

"Kami menamatkan kontrak itu berdasarkan perjanjian dan rasa saling timbang rasa. Dia (Albert) bukan dipecat atau mahu meletak jawatan tetapi disebabkan masalah kewangan, kami terpaksa membuat keputusan ini," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mohamad berkata FAS dan Albert masih belum berbincang berhubung jumlah pampasan tetapi memberi jaminan ia akan dibuat secara profesional.

"Selepas ini tugas jurulatih akan diambilalih oleh Mohd Farhan Abdullah,
Mohd Azley Abdullah dan David Usop yang merupakan penolong Albert sebelum ini,"
katanya.

Katanya dengan penamatan kontrak Albert yang juga bekas pengarah teknikal
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), beban kewangan FAS akan dapat dikurangkan.

"Pada masa ini kami masih berhutang sebulan gaji dengan para pemain, kami
masih menunggu bantuan kewangan daripada kerajaan negeri, harap-harap tidak lama
lagi," katanya.

Katanya kebanyakan sumber kewangan FAS adalah hasil sumbangan daripada
individu dan badan korporat.

"Walaupun menghadapi masalah kewangan, kami akan bermain di tempat lawan," katanya sambil menambah bahawa FAS komited untuk menyelesaikan masalah pembayaran gaji lewat kepada para pemain.

Katanya moral para pemain masih tinggi walaupun mereka tidak menerima gaji
mengikut jadual.- BERNAMA

datuk yang gila!

GUA MUSANG, 13 Mei - Seorang pelajar mengadu dirogol oleh datuk tirinya yang berusia 45 tahun, ketika tidur di sebuah rumah kongsi di Felda Perasu dekat sini Mac lalu.

Mangsa yang berusia 13 membuat laporan polis di Balai Polis Gua Musang, kira-kira 1.10 petang tadi dengan ditemani ibunya yang berusia 36 tahun.

Timbalan Ketua Polis Daerah Gua Musang, Dsp Aziz Hasan berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 4 pagi ketika mangsa tidur di rumah datuk tirinya di rumah kongsi berkenaan.

Beliau berkata, ketika kejadian, nenek tirinya yang berusia lingkungan 40-an dikatakan keluar memasak di rumah kongsi berkenaan untuk pekerja balak yang tinggal di situ.

”Ketika mangsa sedang tidur, datuk tirinya bertindak merogol mangsa,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Aziz berkata, kejadian itu disedari oleh ibu mangsa selepas dia pulang
ke rumahnya di Felda Perasu, Gua Musang dan mendapati anaknya berubah sikap dan
kelihatan murung serta tidak mahu bercakap.

Beliau berkata, ibunya kemudian bertanya kepada mangsa sebelum mangsa
menceritakan kejadian yang berlaku.

Menurutnya, mangsa yang juga seorang pelajar Tingkatan Satu di salah sebuah
sekolah di Gua Musang kemudian dibawa oleh ibunya membuat laporan berhubung
kejadian itu.

”Sebaik menerima laporan, kita melancarkan gerakan memburu datuk tiri mangsa tetapi dipercayai dia sudah menghilangkan diri ke Jeli,” katanya. - BERNAMA

DUN SARAWAK GANTUNG ADUN DAP SELAMA 12 BULAN

KUCHING, 13 Mei – Dewan Undangan Negeri Sarawak menggantung Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Assek, Wong Ho Leng daripada menghadiri persidangan Dewan selama 12 bulan berkuatkuasa serta-merta mulai hari ini.

Penggantungan Wong yang juga Pengerusi DAP Sarawak sehingga Mei tahun depan, dibuat berhubung kenyataannya semasa persidangan Dewan pada November tahun lalu.

Speaker Datuk Seri Mohamad Asfia Awang Nassar meluluskan usul penggantungan tersebut yang dikemukakan oleh Menteri Pembangunan Tanah Sarawak, Datuk Seri Dr James Masing dan disokong oleh Adun Tarat, Roland Sagah.

Seramai 60 Adun Barisan Nasional mengundi menyokong usul tersebut sementara tujuh Adun pembangkang tidak menyokong usul tersebut.

Di luar Dewan kemudiannya, Ho Leng memberitahu pemberita bahawa penggantungan beliau sebagai tidak demokratik dan sangat malang.

"Kami bercadang akan mengambil tindakan undang-undang," katanya - BERNAMA

Petrol: 20 sen hike for RON97

PUTRA JAYA 12 May - Premium-grade petrol RON97 is to increase by 20 sen, or 11 percent, to RM2 per litre from Sept 1.

The price change will come into effect once the RON95 grade petrol becomes available nationwide, said Domestic Trade and Consumer Affairs Minister Ismail Sabri Yaakob.

According to Ismail, the lower grade petrol, to be sold at RM1.75 per litre, is available at selected petrol stations from today.

However, both RON95 petrol and Euro 2M grade diesel is expected be fully available in the market by Sept 1.

Trade and Consumer Affairs Minister Ismail Sabri Yaakob said that RON92 would be removed from the market from next month.

"Although the price of RON95 is higher than RON92, which is being sold at RM1.70 per litre, it is of higher quality and in terms of performance, it is far better than RON92," he said after launching RON95 in Putrajaya.

RON95 will be five sen more per litre than RON92.

Ismail said RON95 could be used for all vehicles including imported luxury cars.

"All cars can use RON95 including the high-powered, branded and so on. If before this, cars of these types used RON97, now they can switch to cheaper RON95," he was quoted as saying by Bernama.

According to Ismail, the price of RON97 would not be controlled by the government unlike RON95 that would become a fixed-price product.

Same quality, same performance

He said the higher RON97 price in the market should be too much of a concern because RON95 offers about the same quality and performance as the higher grade petrol.

"The relevant government agencies support the sale of RON95," he said and added that the government would continue providing subsidy on the sale of petrol at three sen per litre.

petrol ron 97 fuel oil price increase 120509However, according to some media reports, Proton cars launched before 1993 may not be able to use RON95.

Last August, the government drastically hike pump prices by over 40 percent to RM2.70 per litre as global oil prices soar.

However, the sharp rise also saw a dramatic increase in inflation, with the August price index reaching a 27-year high of 8.5 percent, driven by the escalating cost of food and transportation.

Since then, the government has progressively slashed pump prices to RM1.80 as oil prices plunged due to the onset of global recession.

Najib says no to snap election in Perak

KUALA LUMPUR 13 May - Prime Minister Najib Abdul Razak today reiterated Barisan Nasional's stand in facing the Perak crisis by saying that the coalition would follow the proper process of law in taking control of the state.

He also ruled out on calling for a snap state election in the state, stating that such a thing was the prerogative of the sultan.

"Our next course of action will be up to Zambry... but we will respect the due process of the law and let's take it from there," he told reporters after a function yesterday.

“The important thing is to respect the decision of others... we have to respect the rights of the opposition and the opposition has to respect the rights of the government,” he said.

Asked whether the dissolution of the assembly would be better, as the people of the silver state would have the chance to determine their leaders, Najib said: “It is for the judgement of the sultan”.

He also refused to answer if the recent happenings in Perak would be discussed at the Umno supreme council meeting.

Zambry or Nizar: let the rakyat decide

PERAK 13 May - The Court of Appeal has granted a stay of execution on yesterday's High Court decision which recognised Mohammad Nizar Jamaluddin as the rightful Perak menteri besar.

This will put on hold the decision of the High Court pending an appeal by Perak BN Menteri Besar Zambry Abd Kadir.

This means that rival MB, Mohammad Nizar Jamaluddin, cannot seek the sultan's consent to dissolve the state assembly until the appeal has been heard.

Today's decision puts a crimp in Nizar's bid to return as the lawful MB. He had been in office for less than 24 hours since the High Court decision.

nizar jamaluddin dr zambry abdul kadir perak Ramly was elevated as a Court of Appeal judge just last month. Previously, he was a judge in the High Court's commercial division.

In granting the appeal. Ramly noted the special circumstances of the application, as this does not only involve the applicant (Zambry) or the respondent (Nizar) but the whole of Perak.

“The court will allow for a stay of the declaratory orders until the appeal proper has been disposed by the Court of Appeal,” he ruled.

No conditions imposed on Zambry

Nizar's counsel Sulaiman Abdullah asked whether any conditions would be imposed on Zambry, but Ramly replied the court would not do so.

Sulaiman then asked Ramly to note his strong objections to the decision.

Zambry's lawyers argued that the stay is important to stop Nizar from seeking the approval of the Perak sultan to dissolve the state assembly.

Nizar had, this morning, sought an audience with the Regent Raja Nazrin Shah to seek dissolution.

Zambry's lead counsel Cecil Abraham noted that, if the dissolution were granted, the appeal would be rendered academic.

He also cited various media reports today that Nizar is seeking dissolution.

Cecil therefore pointed out the need for the appellate court to intervene and grant a stay.

Attorney-General Abdul Gani Patail, who was in court today, supported the application.

He also argued that the suspension of the state secretary and state legal adviser by Nizar late last night was illegal as these are federal appointments.

Decision made at 1pm

puravalen pc on missing pi balasubramaniam 180708 haji sulaiman Sulaiman urged the court to fix an early date for the appeal hearing.

However, he also said the court should allow the High Court judgment to remain, as the decision to dissolve the assembly is not with Nizar but with the sultan.

“Why make the application when (the decision) is at the hands of a third party, namely the sultan?” he asked.

Sulaiman said the High Court had found that Zambry was an usurper menteri besar who had, among his actions, sold off the cars assigned to Pakatan state exco members and convened the assembly on May 7.

“Yesterday's High Court decision negates the assembly seating and the ouster of speaker V Sivakumar as it was sanctioned by Zambry,” he said.

Sulaiman also submitted that while Zambry held the post of menteri besar, Nizar had not applied for a stay order.

In turn, the BN leader should not now apply for one when the finding has gone against him.

Nizar urged to vacate his office

Cecil and Sunil Abraham represented Zambry while Nizar was represented by Sulaiman, Ranjit Singh, Philip Koh and Edmund Bon.

In addition to Gani, AG's Chambers prosecution division chief Tun Abdul Majid Tun Hamzah was in court.

BN and Umno lawyers, Hafarizam Harun and Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin, held a watching brief.

Also in court were two PKR assemblypersons turned BN-friendly Independents - Mohd Osman Jailu (Changkat Jering) and Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang). Their defections had made it possible for BN to take over the Perak government.

After the decision, which was delivered at about 1pm, Hafarizam urged Nizar to vacate his office to allow Zambry to move in.

nizar jamaluddin win court case at duta court house 110509 04 “As Zambry had respected the High Court's decision today, Nizar and his exco members should do so likewise,” he said.

Asked as to what Zambry's next course of action would be - whether to dissolve the assembly or seek a vote of no-confidence - Hafarizam said the question should be posed to Zambry.

Cecil said today's decision means that status quo has been retained, with Zambry as the menteri besar.

Sulaiman said he would have to take instructions from Nizar on the next course of action, and whether to file for a review to set aside the stay order.

“We can apply to set aside the stay order before a three-member panel unlike a single-member panel today.

"We will do it fast on getting the instructions from Nizar and apply before the president of the Court of Appeal. We have 10 days to apply to set aside the stay order."

In an immediate response, Nizar said he would seek legal advice on what to do next.

Regardless of legal action taken by both parties, he said the matter must be resolved quickly. - MALAYSIAKINI

Happenings In Sarawak now online

KUCHING, 12 May - Copies of the latest volume of Local magazine Happenings In Sarawak can now be downloaded from the internet.

Operations manager of its publisher Conqueror's Vision Sdn Bhd Angelina Liew said readers of this tri-monthly magazine can download the newest issue at www.happeningsarawak.com or call 082-242439 for free copies.

She said the magazine is featuring Malaysia's first one-stop halal hub in Tanjung Manis and Gawai Dayak as main stories.

She added there are also articles on Permai Rainforest Resort, Green Heights Mall, Bandar Baru Samariang and Rainforest World Music Festival.

The latest issue is for the months of May to July. It is also the tenth volume of publication by Conqueror's Vision, a Kuching-based company.

Say no to 'dropping Dayak term'

KUCHING, 12 May - Dayak elected representatives at the Dewan Undangan Negeri yesterday were not supportive of the idea of dropping the term "Dayak".

Ministers, assistant ministers and members of the august house seemed taken aback by the suggestion. Some of them refused to comment, while others replied negatively.

Those who gave interviews mostly felt that it is alright to keep the term "Dayak" to refer to the ethnic community in the State.

They disagreed with the suggestion that the term could connote that the community was uncivilised, uncouth and 'low class'.

"To me, being called 'Dayak' is not an issue, the most important think is that we know our own identity and we want to be united," said Kemena assemblyman Dr Stephen Rundi Utom.

He felt that the issue has been blown out of propotion.

"The term 'Dayak' has been used by the colonial government to refer to ethnicity. On the other hand, we want to keep our tradition to be called 'Dayak' as a form of unity," he explained.

Dr Rundi, who is Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) secretary general, did not see the point of changing the term if it affected the unity and dignity of the Dayak people as a whole.

Tasik Biru assemblyman Datuk Peter Nansian Ngusie, said: "As Dayak, I am proud to be a Dayak and I would like to be called a Dayak,".

He said, there is nothing to be ashamed of, as it is part of the community's identity.

"Derogatory is what you make it to be, not what you are," said the Sarawak Progressive Democratic Party (SPDP) senior vice president.

Assistant Minister of Land Development Francis Harden Hollis said the term Dayak covered the various ethnic groups in Sarawak and he was fine with it.

"To me, I am alright with the term...I don't think by using that term, the 'Dayak' community outdated...we are progressing well," he said.

Entulu nafi laporan akhbar mengatakan istilah Dayak perlu digugurkan

KUCHING 12 Mei - Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Joseph Entulu Belaun menafikan berita yang memetik beliau menyarankan agar istilah Dayak tidak lagi digunakan.

Marah dengan laporan berkenaan, beliau dikatakan menconteng berita berkenaan daripada Bernama yang disiarkan di akhbar The Borneo Post.

Beliau pada masa itu mengadakan sidang akhbar di Bangunan Masja di sini, semalam.

Entulu yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamin, berkata Bernama sebenarnya salah faham tentang apa yang diperkatakannya pada satu majlis di Sibu pada malam Sabtu lepas.

Beliau katanya, cuma mahu perkataan 'lain-lain' yang sering digunakan dalam borang rasmi kerajaan atau swasta digantikan dengan nama-nama kaum yang lebih khusus, misalnya Iban.

"Apa yang dilaporkan oleh agensi berita nasional itu dalam akhbar tempatan hari ini adalah tidak benar sama sekali dan bertentangan dengan pendapat saya," katanya.



KOMEN: Kadang-kadang pengamal media sering disalahkan apabila berlaku perkara sebegini. Kadang-kadang ada juga pengamal media yang menggunakan 'andaian' dalam penulisan berita. 'Andaian' adalah salah dari aspek amalan kewartawanan.

DUN sitting begin today - last to be held at the present complex

KUCHING May 11 - The State Legislative Assembly (DUN) sitting from today to 20 will be a historic one as it will be the last to be held at the present complex.

Strategically perched on a hill by the bank of the Sarawak River, it is an iconic architectural creation in the likes of the famous Eiffel Tower, Leaning Tower of Pisa and Sydney Opera House.

This RM300 million building displays scenes of Sarawak’s rainforests and native culture. It is the new venue for holding the DUN sittings later this year.

DUN secretary Abang Othman Abang Fata yesterday confirmed that the next sitting some time towards the end of the year would be held at the new complex near the Astana.

“Yes, this will be the last sitting at the present complex,” he told reporter recently.

Costing close to RM300 million, the new DUN complex can hold up to 108 assemblymen, each having his or her own office.

Other notable features of the new DUN complex include a parade ground beside the waterfront, a state banquet hall (that can hold 1,000) and a car park for 315 cars.

All are spread within a 172-acre site.

The present DUN building was built in 1976 and originally designed to house 48 members.

After 33 years, the membership has increased to 71 elected representatives.

Meanwhile, the sitting will be opened by Yang di-Pertua Negeri Tun Datuk Patinggi Abang Muhamad Salahuddin at 9 this morning.

He will also deliver the opening address.

HENTIKAN PENGGUNAAN ISTILAH ‘DAYAK’ - ENTULU

SIBU, 10 Mei - Istilah ‘Dayak’ yang dicipta oleh penjajah bagi merujuk kepada 26 masyarakat bukan Islam di Sarawak pada 1820-an, tidak lagi wajar digunakan sekarang, kata Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Joseph Entulu Belaun.

Katanya penggunaan istilah itu patut dihentikan kerana ia membawa konotasi negatif seperti tidak bertamadun, kasar dan berkelas rendah.

"Malah, beberapa tahun lepas, beberapa pemimpin masyarakat bukan Islam Sarawak mencadangkan agar kerajaan menggugurkan penggunaan istilah itu. Saya percaya cadangan ini mendapat sokongan menyeluruh daripada pemimpin dan mereka yang berkenaan.

"Oleh itu, saya ingin mengulangi saranan kepada kerajaan supaya menimbang untuk menggugurkan penggunaan istilah itu," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan upacara pelantikan anggota jawatankuasa baru Kesatuan Kebangsaan Dayak Sarawak (SDNU) Cawangan Rajang, yang diketuai pengerusinya Maj (B) Mosses Ripai di sini malam tadi.

Entulu berkata walaupun merangkumi lebih separuh daripada 2.5 juta penduduk negeri ini, masyarakat pribumi Sarawak, masih belum diiktiraf berdasarkan kumpulan etnik masing-masing.

"Kalau kita lihat pada borang atau dokumen rasmi, dalam ruangan bagi bangsa, mereka hanya menyebut sama ada Melayu, Cina, India atau lain-lain.

"Ini berlaku walaupun pada hakikatnya, mereka yang dirujuk sebagai ‘Dayak’ ini, merupakan penduduk majoriti negeri ini dan antara kumpulan penduduk utama negara ini.

"Saya percaya, adalah lebih bijaksana dan tepat, jika istilah khusus seperti Iban, Bidayuh, Kayan, Kenyah, Kelabit dan sebagainya digunakan," kata beliau.

Entulu berkata beliau mendapat tahu bahawa ada anggota masyarakat Dayak yang bekerja di Semenanjung Malaysia, tidak dibenarkan melabur dalam Amanah Saham Nasional atau memohon rumah kos rendah kerana ada pihak menganggap mereka bukan kaum bumiputera. – BERNAMA

STU MAHU HUKUMAN ROTAN JUGA DIKENAKAN TERHADAP PELAJAR PEREMPUAN

KUCHING, 10 Mei - Kesatuan Guru Sarawak (STU) mencadangkan satu kajian semula berhubung hukuman rotan di sekolah termasuk memperkenalkan hukuman rotan untuk pelajar sekolah perempuan, dilakukan secara komprehensif.

Presiden STU William Ghani Bina berkata setakat ini peraturan hanya membenarkan pelajar lelaki dirotan manakala pelajar perempuan yang melakukan kesalahan dikenakan hukuman membuat kerja amal seperti mencuci tandas dan mengutip sampah.

"Hukuman rotan ini patut dilaksanakan untuk pelajar perempuan sekolah menengah dan bukan sekolah rendah," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Ghani bagaimanapun berkata hukuman rotan ke atas pelajar perempuan hanya dibenarkan di bahagian tapak tangan pelajar perempuan itu dan tidak pada anggota badan lain.

"Adalah tidak adil kepada pelajar lelaki yang menerima hukuman rotan manakala pelajar perempuan hanya mendapat hukuman ringan walaupun kesalahan dilakukan adalah sama kerana ada sesetengah pelajar perempuan masa kini yang menghadapi masalah displin lebih teruk daripada pelajar lelaki sehingga ada yang terlibat menjadi samseng," katanya.

Beliau berkata hukuman rotan ke atas pelajar perempuan adalah relevan memandangkan kini gejala sosial negatif semakin membimbangkan antaranya tomboy yang tidak segan-silu melakukan pelbagai masalah displin.

Mengulas kenyataan Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi dalam sebuah akhbar harian hari ini bahawa hukuman rotan akan diperkenalkan semula terhadap pelajar yang melanggar displin, beliau berkata peraturan mengenai hukuman rotan di sekolah tidak pernah dihentikan.

"Peraturan hukuman rotan memang sudah ada, ia berbeza dengan yang dilakukan di penjara. Di sekolah hukuman rotan bersifat mendisplinkan pelajar manakala di penjara bersifat menghukum," katanya, sambil menambah kata di sekolah hukuman rotan dikenakan ke atas pelajar perlu disaksikan oleh guru lain dan saiz rotan digunakan hendaklah mengikut panduan ditetapkan.

Dr Mohd mendakwa majoriti ibu bapa menyokong agar hukuman merotan dikuatkuasakan semula namun ada beberapa pihak termasuk golongan peguam yang membantahnya.- BERNAMA

10 PESERTA MENCANDAT SOTONG DIPANAH PETIR

KUALA TERENGGANU, 10 Mei - Kegembiraan 10 peserta yang menyertai ekspedisi mencandat sotong, bertukar tragedi apabila mereka disambar petir di perairan Kuala Terengganu, malam tadi.

Berikutan kejadian itu, lima daripada mereka termasuk seorang yang cedera parah, terpaksa ditahan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini, manakala lima lagi diberikan rawatan sebagai pesakit luar.

Mangsa yang ditahan di hospital berkenaan ialah Adnan Dollah, 49, Shahrulnizam Kamaruddin, 22, Shahrulnizam Yahya, 25, Shahminizam Shahar, 17, dan Zuhaimi Mad Amin, 39.

Lima lagi yang dibenarkan keluar daripada HSNZ ialah Hamidi Ibrahim, 45, Kamat Ibrahim, 30, Rosli Shafie, 39, Miskom Jemari, 30, dan Shahar Abu Bakar, 49.

Menceritakan pengalaman ngeri itu, seorang mangsa, Shahrulnizam Kamaruddin berkata hujan lebat yang disusuli petir berlaku ketika mereka sedang mencandat sotong kira-kira pukul 10 malam.

"Saya nampak satu cahaya yang sangat cerah disusuli petir menyebabkan saya hampir pitam.
Dalam keadaan kelam-kabut, saya lihat kaki saya bengkak dan punggung saya susah diangkat," katanya ketika ditemui di HSNZ hari ini.

Shahrulnizam berkata semasa kejadian, beliau berada di bahagian belakang bot bersama beberapa rakannya yang lain.

"Saya fobia dan mungkin tidak akan mencandat sotong lagi selepas ini. Tahun lepas, kami pernah datang mencandat sotong, tetapi tidak jadi seperti ini," katanya yang cedera di telinga.

Hamidi yang mengetuai ekspedisi mencandat sotong kakitangan Jabatan Kraftangan Putrajaya itu, berkata ketika kejadian mereka sedang melakukan aktiviti itu di perairan Kuala Terengganu berhadapan Pulau Duyong.

Beliau berkata mereka tiba di sini, Khamis lepas dan menyewa sebuah bot di Seberang Takir untuk menyertai ekspedisi itu, yang dijadualkan berakhir hari ini.

Hamidi berkata selepas kejadian enjin bot masih berfungsi dan membolehkan mereka kembali ke muara Kuala Terengganu, lalu mendapatkan bantuan menghantar mereka yang cedera ke hospital.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri, Dr Nordiyanah Hassan ketika dihubungi berkata kelima-lima mangsa yang masih dirawat di HSNZ itu berada dalam keadaan baik dan stabil.

Beliau berkata kesemua mangsa hanya cedera ringan kecuali seorang yang
melecur di bahagian dada kanan. – BERNAMA

PERKHIDMATAN KAUNTER PALING BANYAK JADI SUNGUTAN DI SARAWAK

KUCHING, 10 Mei - Sejak mula beroperasi di Sarawak pada Julai 2007, Biro Pengaduan Awam (BPA) menerima 608 aduan, sebahagian besarnya berkaitan perasaan tidak puas hati orang ramai terhadap perkhidmatan kaunter.

Pengarah BPA negeri Philip Stephen Shim berkata aduan yang diterima adalah pelbagai -- daripada perkhidmatan yang lembap hinggalah kepada sikap petugasnya yang tidak mesra terhadap pelanggan.

Tanpa menyatakan jabatan yang menjadi sasaran paling banyak aduan, beliau berkata kebanyakan aduan diterima adalah berkaitan perkhidmatan kaunter oleh jabatan dan agensi persekutuan.

"Jumlah aduan berkaitan perkhidmatan kaunter dan telefon meningkat daripada 17 antara Julai dan Disember 2007 kepada 51 pada 2008. Setakat 7 Mei tahun ini, sudah ada 32 aduan," katanya kepada Bernama.

Shim berkata biro itu telah mengadakan perbincangan dengan jabatan serta agensi terbabit berkaitan aduan yang diterimanya dan pihak berkenaan member maklum balas positif serta mengambil langkah bagi memantapkan perkhidmatan masing-masing.

Shim berkata ada juga jabatan yang melaksanakan inisiatif penambahbaikan kualiti secara dalaman bagi meningkatkan kecekapan perkhidmatan kaunter masing-masing.

Bagi jabatan dan agensi negeri, kata beliau kebanyakan aduan yang diterima adalah berkaitan majlis tempatan.

Katanya daripada keseluruhan 608 aduan berkenaan, 141 diterima oleh biro itu dalam tempoh antara Julai dan Disember 2007, 284 pada tahun lepas dan 183 sehingga 7 Mei tahun ini.

"Selain perkhidmatan kaunter, aduan yang diterima termasuk berkaitan tindakan yang tidak adil, kekurangan kemudahan awam, kegagalan daripada segi penguatkuasaan dan kegagalan mematuhi prosedur," katanya.

Beliau berkata kebanyakan aduan, iaitu 293, diterima biro itu melalui laman web sejak Julai 2007.

"Yang memeranjatkan, sesetengah aduan yang disalurkan melalui laman web ini diterima dari kawasan luar bandar seperti Simunjan, Kapit dan Belaga," katanya.

"Ini menunjukkan bahawa rakyat Sarawak, sama ada dari bandar atau luar bandar, sedar tentang hak mereka dan peranan BPA," katanya.

Beliau berkata BPA Sarawak, yang berpejabat di Kuching, belum ada rancangan untuk membuka cawangan di bandar lain.

Orang ramai yang ingin mengemukakan aduan, boleh berbuat demikian dengan menghubungi biro itu melalui talian telefon 082-415004 atau faksimili atau menghantarnya melalui sistem pesanan ringkas kepada 15888.

Mereka juga boleh berbuat demikian di kaunter bergerak BPA, kaunter aduan bergerak bersepadu yang melibatkan agensi kerajaan lain atau melalui laman web www.pcb.gov.my.

Shim berkata BPA, bagaimanapun, tidak akan menyiasat aduan berkaitan rasuah atau yang bersifat politik atau kes yang dirujuk ke mahkamah.

"Saya ingin memberi jaminan bahawa mereka yang mengemukakan aduan, tidak akan disenaraihitamkan oleh jabatan atau agensi terbabit. Mereka juga tidak perlu menyatakan nama bagi kes tertentu," katanya.—BERNAMA

PERAGUT TUMPAS DI MIRI DISYAKI TERLIBAT TUJUH KES LAIN

MIRI 9 Mei - Seorang warga asing yang diberkas polis di sini semalam kerana meragut beg seorang wanita dipercayai terlibat dalam tujuh kes curi dan ragut lain, kata Ketua Polis Daerah ACP Jamaluddin Ibrahim.

Katanya lelaki itu ditahan reman bagi membantu siasatan, dan polis sedang berusaha menjejaki seorang lagi rakannya yang berjaya melarikan diri dalam kejadian semalam.

Bercakap kepada pemberita di sini hari ini Jamaluddin berkata siasatan polis mendapati lelaki berkenaan bersama seorang rakannya yang masih bebas dipercayai menjalankan kegiatan mereka sejak beberapa bulan lepas.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 pagi semalam, lelaki itu bersama seorang rakannya dikatakan mengekori seorang wanita yang baru keluar dari sebuah bank di sini, sebelum beliau bertindak merampas beg wanita itu yang mengandungi wang tunai RM35,000.

Suspek bagaimanapun berjaya ditahan, namun rakannya sempat melarikan diri.- BERNAMA

PELAKSANAAN PROJEK LUAR BANDAR SABAH, SARAWAK DIPERCEPATKAN

SIBU, 9 Mei - Kerajaan pusat sedang mencari kaedah terbaik bagi mempercepat pelaksanaan projek di kawasan luar bandar di Sabah dan Sarawak, kata Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Joseph Salang Gandum.

Beliau berkata kerajan prihatin terhadap keperluan khusus dua negeri itu
berdasarkan keluasannya.

"Dua negeri ini juga sangat istimewa kerana penduduknya, terutama yang tinggal di luar bandar, merupakan penyokong tegar Barisan Nasional," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Kerajaan sudah tentu menghargai keyakinan dan kepercayaan yang mereka tunjukkan sejak sekian lama, kata beliau, sambil menambah bahawa mereka yang memiliki pendirian seperti itu sewajarnya diberi pertolongan agar mereka tidak ketinggalan.

Beliau berkata dakwaan kononnya kerajaan telah memperuntuk perbelanjaan yang terlalu besar bagi membiayai pelaksanaan projek semasa pilihan raya kecil negeri Batang Ai baru-baru ini, adalah tidak benar.

Salang juga menafikan dakwaaan kononnya kerajaan telah mengenepikan pembangunan di tempat lain apabila ia meluluskan projek bernilai lebih RM80 juta semasa pilihan raya kecil itu.

"Kebanyakan projek besar bagi Batang Ai telah diluluskan jauh lebih awal daripada itu, tapi pelaksanaannya ditangguh untuk sementara waktu. Tiada salahnya bagi kerajaan melaksanakan projek berkenaan kerana ia bertujuan memberi manfaat kepada rakyat," katanya. - BERNAMA

PEROMPAK KEDAI EMAS MATI DITEMBAK PENGAWAL KESELAMATAN

PULAU PINANG, 9 Mei -- Seorang perompak mati manakala seorang pekerja kedai emas cedera apabila sekumpulan penjenayah bersenjatakan senapang dan pistol merompak sebuah kedai emas di Kompleks Bukit Jambul, di sini malam ini.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Ayub Yaakob berkata kejadian berlaku pada kira-kira pukul 8.30 malam semasa tiga perompak menyerbu masuk ke kedai emas itu dan terus mengacukan senjata api serta mengarahkan semua pekerja memasukkan barang kemas ke dalam beg yang dibawa mereka.

Beliau berkata dalam keadaan kelam kabut itu, pengawal keselamatan yang berada di sebalik cermin gelap kedai berkenaan bertindak melepaskan tembakan ke arah tiga lelaki berkenaan, mengakibatkan berlaku kejadian berbalas tembakan.

"Tembakan yang dilepaskan pengawal keselamatan itu mengenai dada salah seorang penjenayah berkenaan dan lelaki itu yang berumur 22 tahun dan berasal dari Balik Pulau, mati di tempat kejadian," katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian di sini.

Menurutnya dua lagi rakan lelaki itu bertindak melarikan diri melalui tempat letak kereta di bahagian belakang kompleks berkenaan.

Ayub berkata seorang pekerja wanita berumur 23 tahun mengalami kecederaan di bahagian kepala dipercayai akibat terkena tembakan dalam kejadian itu, dan beliau sudah dibawa ke hospital untuk menerima rawatan.

Beliau berkata semasa kejadian terdapat tujuh orang pekerja dalam kedai itu, tanpa pelanggan.

"Siasatan awal mendapati salah seorang daripada perompak yang melarikan diri itu mengalami kecederaan berikutan terdapat kesan titisan darah dari kedai emas berkenaan ke kawasan tempat letak kereta.

Menurutnya kedua-dua penjenayah itu hanya sempat melarikan dua atau tiga dulang barang kemas sahaja, manakala selebihnya yang sudah dimasukkan ke dalam beg tidak sempat dilarikan, dan ditinggalkan sahaja di kedai berkenaan.

Ayub berkata polis menemui tiga pucuk pistol dan selaras senapang serta 50 kelongsong peluru yang dipercayai digunakan tiga penjenayah itu, di tempat kejadian.

Katanya polis sedang meneliti paparan kamera litar tertutup (CCTV) yang terdapat di dalam kompleks serta kedai berkenaan bagi membantu siasatan.-- BERNAMA